Rombongan Taman Ehsan Tinjau Kesan Dakwah Sabah

Monday, December 21, 2009

Pada 8 hingga 15 Disember lepas, satu rombongan dari kumpulan pengajian Taman Ehsan, Kepong telah datang ke Sabah bagi membuat lawatan dan meninjau dengan lebih dekat kesan dakwah di negeri di bawah bayu, Sabah.

Rombongan yang disertai seramai 11 orang terdiri daripada 3 lelaki dan 8 perempuan itu menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur dan mendarat di Lapangan Terbang Tawau. Mereka diketuai oleh Puan Norida yang merupakan salah seorang anggota pengajian Taman Ehsan dan perjalanan program dikelolakan oleh Ustaz Abdul Halim Abas, salah seorang jurudakwah Itmam.

Tinjauan dan perjalanan program dimulakan dengan menziarahi dan bersilaturrahim dengan Haji Azinun, salah seorang yang telah banyak membantu gerakan dakwah di Sabah. Beliau menjawat jawatan sebagai pegawai perlesenan Majlis Perbandaran Tawau (MPT). Rombongan bermalam di Tawau.

Pada 9 Disember, lawatan dan tinjauan di teruskan lagi ke Semporna dan Pulau Bum Bum, yang merupakan antara tempat tumpuan jurudakwah Itmam menjalankan program dakwah dan kebajikan. Setibanya di Pulau Bum Bum, rombongan menginap di rumah Hajjah Aishah, salah seorang penduduk di situ, dengan dihidangkan makanan laut. Program seterusnya diteruskan lagi dengan aktiviti dakwah di Masjid Bukit Lalang.

Perjalanan lawatan dan tinjauan diteruskan lagi dengan menuju ke Lahat Datu, Bukit Garam, Kinabatangan pada 10 Disember.

Kemudian rombongan bergerak lagi dengan aktiviti dakwah di Masjid Pengkaan dan seterusnya bermalam di Sandakan.

11 Disember, rombongan menziarahi dan bersilaturrahim dengan Guru Brahim yang merupakan salah seorang aktivis dakwah yang banyak manyalurkan usahanya dalam aktiviti-aktiviti dan program-program dakwah di Sabah. Kunjungan ke rumahnya di sertai dengan jamuan sarapan pagi.

Setelah itu, perjalanan diteruskan lagi ke dengan menuju ke Ranau dan menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Asri, Kampung Gambarut, Telupid. Selepas solat, rombongan mengunjungi jamaah muallaf Kampung Taviu dan bermalam di Lohan, Ranau.

12 Disember, rombongan menikmati sarapan pagi di rumah Cikgu Jumil, juga salah seorang aktivis dakwah di Sabah. Kemudiannya, rombongan menikmati hidangan makan tengah hari di Kampung Silad. Setelah itu, perjalanan di teruskan lagi ke Kota Kinabalu.

Di Kota Kinabalu, pada sebelah malamnya rombongan mengunjungi rumah Encik Bakhtiar, yang merupakan satu-satunya keluarga Islam di Kampung Pokak.

13 Disember, program lawatan dan tinjauan di isi dengan qiamullail, solat tahajjud dan tazkirah subuh di Masjid Bandar Kota Kinabalu.

Pada 14 Disember, lawatan dan tinjauan diteruskan lagi ke Kota Marudu.

Program tinjauan dan lawatan ini banyak memberi kesan kepada peserta rombongan khususnya dari aspek ilmu pengetahuan dan rohaniah. Melihatkan kegersangan ilmu agama di kalangan penduduk khususnya di kawasan-kawasan pendalaman Sabah, pastinya memberikan suntikan keinsafan dan menyedari hakikat masih ramai lagi insan yang memerlukan bantuan dari segi ilmu dan harta benda.

1 comments:

lee said...

Dear brother and sister,

I am Myanmar who working in Malaysia more than 10 years and I would like to explain about SAMNAK SAMBODHI BUDDHIST ASSOCIATION. Therefore, recently I stayed at Sasanarakkha Buddhist Sanctuary (SBS), Taiping, Perak. I am very close with Ven. U Nandiya Maha Thero.

My monk Ven. U Nandiya is very good heart and compassion to everyone in the world, also I heard when he stayed at Kuala Lumpur Buddhist Temple, he lends donation money to President of Temple (Datuk Yip Kum Fook, MCA Gombak) with amount RM20,000.00 only and he said that money belong to Myanmar society in Malaysia.

On the other hand, my monk said, also many things happened when he stayed there because committees always disturbing, I am very sadly about that matter, why committees are very poor and crooks. Others Temple, people come to Temple to respected Buddha and Monks, also give red packet to monks. Why this Temple, monks must give money to committees, this is opposite.

If anyone receive or read this message, please inform to DATUK YIP KUM FOOK to return that amount to my monk as soon as possible.

My monk contact place:

Ven. U Nandiya
Sasana Daja Buddhist Temple
49 Bombay Street, Lidcombe NSW 2141.
Tel: (02) 9649-8124

With kindness

KO KO NAING
Taiping, Perak, Malaysia
We will take action to help you…Master
Ok my son is lawyer

Post a Comment