Kerja Kebajikan

Friday, December 18, 2009

I Panel Penulis Itmam


Dunia ini dihuni oleh penduduk yang sebahagian besarnya kurang bernasib baik. Sekuat manapun pihak berkuasa mahu membantu mereka, masih ada banyak lagi yang tercicir dan tidak terbela.

Selain itu, ada negara-negara yang rakyatnya ramai tetapi miskin disegi pendapatan. Ekonomi tidak begitu bagus.

Negara-negara berkenaan juga seringkali berdepan dengan kesukaran alam sekitar seperti padang pasir, banjir yang sering berlaku, kemarau yang melampau dan lain-lain.

Ada juga kesulitan hidup rakyat negara-negara berkenaan disebabkan buatan manusia contohnya pergolakan politik atau pertembungan kaum.

Tempat-tempat yang dirundung malang itu seringkali dibantu oleh pihak badan bukan kerajaan dengan restu oleh pihak berkuasa tempatan.

Pihak badan bukan kerajaan itu antaranya mempunyai organisasi dan rangkaian yang besar. Sebahagian dana pula disalur oleh kerajaan negara maju, Pertubuhan Bangsa Bersatu dan juga syarikat besar pelbagai bangsa.

Antara organisasi tersebut ialah Palang Merah, Oxfam dan lain-lain.

Malaysia juga mempunyai banyak badan bukan kerajaan yang terlibat dalam kerja-kerja kebajikan.

Sebuah badan itu ialah Yayasan Itmam Malaysia.

0 comments:

Post a Comment