Imam Ali Nabawan - Mengislamkan 7000 saudara baru

Friday, December 18, 2009

I Panel Penulis Itmam


Satu pesanan ringkas (sms) menjenguh ke dalam kotak pesanan telefon bimbit, jam 11.45 pagi pada 5 Julai 2009. Pesanan ringkas itu bertulis:

Sbuh desa yg sngt dingin ssuai dgn kdudukanya d kaki gunung terusmadi, khadiran kmi d smbut dgan pnuh kriangan lbih kurang 80 org sdra bru. kmi smpt mnyampaikan bras 120kg, gula, kain srung, tlkung dan sdkit mkanan ringan. mrka minta kami datang lgi dgan tak pyah bawa apa2 kecuali ziarah dan brcrta tentang agama…Sayu hati ini meninggalkan tmpt yg ckup trpincil ini…

Pengirimnya ialah Imam Ali Nabawan. Umurnya kira-kira 40 tahun. Gelaran itu diberikan kepada seorang pendakwah yang gigih dan cekal yang menetap di Daerah Keningau, Sabah. Nama sebenarnya ialah Ali Chiusagud. Ibunya dari suku kaum Murut dan ayahnya pula dari kaum sungai yang pada asalnya menetap di nabawan, 1 daerah kecil yang terpencil berhampiran dengan sempadan kalimantan, Indonesia.

Pada masa ini, beliau merupakan seorang imam di sebuah masjid di dalam daerah keningau. Maka timbul lah panggilan Ali nabawan.

Imam Ali merupakan seorang kanak-kanak kaum murut yang terawal dapat membaca al-Quran di kampungnya. Pada masa itu kaumnya masih lagi ramai yng menganut fahaman pagan (kepercayaan kepada nenek moyang) dan juga Kristian.

Beliau berkesempatan memperdengarkan bacaan di satu majlis keraian di kampungnya yang menyambut kedatangan ketua menteri sabah, Datu’ Mustapha (kemudian diberi gelaran Tun Datu’ Mustapha ). Pada masa itu, Datu’ Mustapha sangat gait melakukan acara pengislaman ke atas suku kaum murut yang menetap di pendalam Sabah.

Seusai bacaan al-Quran, Datu Mustapha telah memeluk Imam Ali sambil air matanya mengalir kerana rasa terharu dan gembira mendengar seorang kanak-kanak kaum Murut dapat membaca al-Quran dengan baik dan fasih.

Dengan usaha Datu’ Mustapha , imam Ali telah di hantar belajar agama islam di sebuah sekolah arab di pasir putih, Kelantan. Setelah tmat sijil sekolah menengah agama, Imam Ali ditawarkan jawatan pambantu agama Islam merangkap Imam Masjid di Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah cawangan Keningau.

Sejak dari masa itu, Imam Ali Nabawan telah menggerakkan satu usaha dakwah yang berpanjangan dan sehingga ke hari ni telah dapat mengatur dan menguruskan kira-kira lebih 7,000 orang kaum Murut memuluk agama Islam.

Terlalu banyak peristiwa suka dan duka di tempuh oleh Imam Ali dalam kerja-kerja dakwahnya. Bekalan letrik rumahnya pernah di potong kerana ketiadaan wang untuk membayar bil bulanan kerana wang elaunnya banyak di gunakan untuk usaha-usaha dakwah dan membantu para muallaf.

Pernah beliau ditanya:” buat apa kamu berdakwah begitu kuat, kerana tidak ada siapa yang membayar elaun lebih kepada kamu.”

Biasanya Imam Ali akan menjawab:” Allah yang akan membayar elaun aku.”

Pada bulan Ramadhan tahun 2008, Imam Ali telah ditaja oleh seorang hamba Allah yang telah membayar segala perbelanjaanya menunaikan umrah di Mekah serta berziarah di makam Rasulullah di Madinah.

Itulah elaun yang Allah bayar kepada saya. Denga elaun jawatan saya adalah mustahil dapat ke Mekah dan Madinah,” kata Imam Ali dalam satu perbualan dengannya.

Pihak Yayasan Itmam telah banyak membantu Imam Ali dalam mengukuhkan pegangan agama Islam di kalangan kaum Murut. Sebuah buku yang bertajuk Imam Ali Nabawan sedang di sunting untuk diterbitkan sebagai panduan dan galakan kepada rara pendakwah yang lain.

0 comments:

Post a Comment