Sunat Massal

Friday, December 18, 2009

I Panel Penulis Itmam


Awal minggu bulan Julai yang lepas mencatat satu kerja kebajikan yang dilakukan oleh Yayasan Itmam. Tiga orang juru dakwah Itmam telah turut sama dalam rombongan Superb ke Nanggaroe Aceh Darussalam. Superb merupakan satu perkataan dari singkatan Sukarelawan Perubatan Bebas.

Setibanya di Banda Aceh, setelah satu jam lima belas minit dalam penerbangan, anggota rombongan Superb seramai 23 orang disambut mesra oleh DrH Irwandi Yusuf, gabenor Aceh di pejabatnya.

Pengarah Itmam, Ustaz Mat Yusop Din turut beramah mesra dengan gabenor Aceh.

Anggota rombongan Superb menjadi tetamu kepada gabenor Aceh. Tugas yang akan dipikul oleh anggota Superb selama beberapa hari di Aceh ialah menyempurnakan khatan beramai-ramai kanak-kanak lelaki di Kabupaten Pidie Jaya.

Berkhatan beramai-ramai itu dikenali sebagai sunat massal di Indonesia.

Seramai lebih 200 orang kanak-kanak lelaki miskin dan yatim telah selamat dikhatankan.

0 comments:

Post a Comment